* Panduan ini sesuai untuk guru dan pelajar juga kerana ini akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak dengan cara pelajar tahu apa yang dikehendaki oleh guru dan guru juga harus tahu keperluan, kemampuan dan kebolehan pelajar.
1. Takrif Karangan
Perlu tepat:
- Menjawab soalan
- Format yang betul
- Memahami kehendak soalan
2. Fikiran / Idea
Amat matang:
- Matang dalam mengemukakan buah fikiran, sesuai dengan tahap pemikiran pelajar yang berumur 17 tahun.
- Menampilkan hujah yang bernas, meyakinkan dan relevan.
- Berfikir secara bersungguh-sungguh ketika mengeluarkan isi.
- Contoh dan bukti yang bersesuaian dengan tajuk.
3. Isi
Mencukupi dan berkembang:
- Isi sekurang-kurangnya mempunyai 5/6 isi.
- Isi dikembangkan dalam 5/7 ayat.
- Isi diikuti dengan contok bukti.
- Isi dan huraian 70 hingga 80 patah perkataan.
4. Bahasa
Amat memuaskan dan lancar:
- Lancar dan memuaskan.
- Ayat-ayat yang bertenaga.
- Ayat yang jelas dan tidak berbelit-belit dari segi strukturnya.
- Ayat yang ada kaitan dengan isi.
- Ayat yang menggunakan bahasa yang indah.
5. Pengolahan
Sangat menarik dan berkesan:
- Penyusunan isi dan ayat menarik.
- Memulakan karangan dengan isu yang meransangkan, contoh; isu yang menggemparkan atau definisi data.
- Bentuk huraian yang pelbagai; deduktif; induktif dan gabungan.
- Huraian penutup yang mantap dan mempunyai pendirian.
(Wan Nadiah)
No comments:
Post a Comment