21/03/2012

Ciri-Ciri Karangan Cemerlang

* Panduan ini sesuai untuk guru dan pelajar juga kerana ini akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak dengan cara pelajar tahu apa yang dikehendaki oleh guru dan guru juga harus tahu keperluan, kemampuan dan kebolehan pelajar.

1. Takrif Karangan

Perlu tepat:

  • Menjawab soalan
  • Format yang betul
  • Memahami kehendak soalan

2. Fikiran / Idea

Amat matang:

  • Matang dalam mengemukakan buah fikiran, sesuai dengan tahap pemikiran pelajar yang berumur 17 tahun.
  • Menampilkan hujah yang bernas, meyakinkan dan relevan.
  • Berfikir secara bersungguh-sungguh ketika mengeluarkan isi.
  • Contoh dan bukti yang bersesuaian dengan tajuk.

3. Isi

Mencukupi dan berkembang:

  • Isi sekurang-kurangnya mempunyai 5/6 isi.
  • Isi dikembangkan dalam 5/7 ayat.
  • Isi diikuti dengan contok bukti.
  • Isi dan huraian 70 hingga 80 patah perkataan.

4. Bahasa

Amat memuaskan dan lancar:

  • Lancar dan memuaskan.
  • Ayat-ayat yang bertenaga.
  • Ayat yang jelas dan tidak berbelit-belit dari segi strukturnya.
  • Ayat yang ada kaitan dengan isi.
  • Ayat yang menggunakan bahasa yang indah.

5. Pengolahan

Sangat menarik dan berkesan:

  • Penyusunan isi dan ayat menarik.
  • Memulakan karangan dengan isu yang meransangkan, contoh; isu yang menggemparkan atau definisi data.
  • Bentuk huraian yang pelbagai; deduktif; induktif dan gabungan.
  • Huraian penutup yang mantap dan mempunyai pendirian.
(Wan Nadiah)

No comments:

Post a Comment