05/05/2012

Kesan-kesan buruk penggunaan Internet kepada remaja hari ini

Selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat pada masa ini, Internet merupakan saluran utama untuk rangkaian maklumat yang boleh diperoleh melalui komputer. Kempen kerajaan “satu rumah, satu komputer” adalah sejajar dengan perkembangan teknologi masa ini. Namun, di sebalik kebaikan yang diperoleh daripada Internet, terdapat kesanburuk yang timbul tanpa dapat disangkal lagi.
            Di sebalik kecanggihan Internet, selaras perkembangan semasa namun terselit racun yang berbisa. Sesungguhnya Internet mampu meracuni pemikiran remaja masa kini. Mereka bebas melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata. Masa yang sepatutnya diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Kesannya, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik.
            Penggunaan Internet secara berlebihan dan tanpa kawalan menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Remaja lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer.
            Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, timbul juga masalah sosial yang turut menjadi bebanan kepada masyarakat. Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial seperti melepak atau gengsterisme. Selain itu, remaja mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang diperoleh dari Barat.
            Kesimpulannya, pihak ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka semasa melayari laman web di Internet. Kerjasama daripada semua pihak adalah perlu agar kesan baik penggunaan Internet tidak ditutupi oleh keburukan Internet tersebut.
                                                                                                           (HANI)

16 comments: