05/05/2012

Tindakan kerajaan yang mengisytiharkan beberapa tempat awam sebagai kawasan larangan merokok

Beberapa tempat awam seperti di perhentian bas, pasar raya, kawasan sekolah dan sebagainya telah diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia sebagai kawasan larangan merokok. Perokok yang melanggar peraturan ini akan dikenakan saman. Pada saya, tindakan kerajaan ini memang wajar diadakan. Seperti yang kita tahu, merokok di tempat awam akan mendatangkan banyak keburukan.
            Perokok yang tidak bertimbang rasa yang merokok di tempat awam akan menggangu ketenteraman orang di sekelilingnya. Cuba kita bayangkan asap rokok yang berbau busuk dan mencemarkan udara di sekeliling tempat awam. Tindakan seperti ini nescaya menggangu keselesaan orang lain
            Menurut laporan perubatan, asap rokok yang dihembus keluar dari mulut perokok akan menjejaskan kesihatan orang di sebelah yang tersedut asap itu. Kesan yang dihadapinya lebih buruk daripada asap rokok yang dihisap oleh perokok sendiri. Perbuatan yang sedemikian amat buruk dan menyusahkan orang lain.
            Seterusnya, perokok yang menghisap rokok di tempat awam biasanya mempunyai tabiat buruk, iaitu membuang puntung rokok di merata tempat. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini akan mengotorkan alam sekeliling. Jika tempat awam ini merupakan kawasan tarikan pelancong, maka hal ini pasti akan menjadi buah mulut pelancong yang balik ke negara asal mereka kelak. Dengan kata lain, imej negara turut terjejas.
            Pada saya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak agar bertimbang rasa dan menjaga imej negara dengan tidak merokok di temoat awam. Kesedaran ini penting demi kesejahteraan masyarakat. Akhir kata, demi kesihatan diri dan orang lain, patuhilah peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
                                                                                                                                        (HANI)

No comments:

Post a Comment