05/05/2012

Pengaruh iklan kepada pengguna

Iklan merupakan penyumbang kepada syarikat penyiaran mendapat sumber kewangan. Iklan meliputi segala bentuk pemberitahuan kepada masyarakat tentang barangan baharu yang berada di pasaran. Iklan melalui televisyen dianggap paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna. Sememangnya iklan berperanan penting dalam kehidupan seharian masyarakat pengguna. Namun, iklan yang disiarkan sama ada melalui media elektronik mempunyai kebaikan dan keburukannya.
            Fungsi utama iklan ialah memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baharu yang berada di pasaran kepada pengguna. Pengguna berpeluang membuat pilihan sebelum membeli sesuatu barangan . Contohnya, seseorang yang ingin mencuba syampu,maka dia boleh menimbang kebaikan setiap jenama yang ditawarkan di pasaran terkini. Dengan cara ini, dia tidak akan tersalah membuat pilihan.
            Selain itu, iklan juga membantu seseorang memperoleh pekerjaan. Terdapat iklan jawatan kosong di akhbar-akhbar atau Internet. Pengguna boleh mendapatkan maklumat kerjaya tertentu melalui iklan yang ditayangkan. Hal ini memudahkan pengguna daripada mencari pekerjaan dari satu pejabat ke satu pejabat lain
            Namun begitu, di sebalik setiap kebaikan terdapat keburukan. Iklan boleh mempengaruhi pengguna membeli barangan yang tidak perlu atau tidak berfaedah. Perkara seperti ini berlaku apabila pengguna tertarik dengan iklan barangan yang sememangnya direka untuk menarik minat pengguna bak kata pepatah “indah khabar dari rupa”.
            Seterusnya, iklan juga dapat mempengaruhi kanak-kanak. Kanak-kanak yang leka menonton rancangan kartun di televisyen disogokkan dengan iklan makanan ringan tersebut. Kita memang sedia maklum makanan ringan tidak berkhasiat , malah memudaratkan.
            Kesimpulannya,iklan berguna kepada masyarakat hari ini yang sentiasa mengejar masa. Sebagai pengguna kita mestilah bijak membuat pilihan terhadap barangan yang diiklankan . Tidak semua barangan yang diiklankan bermutu tinggi dan memenuhi cita rasa kita. Tepuk dada tanya selera.
                                                                                                (HANI)

9 comments: