05/05/2012

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan masyarakat gemar membaca buku

Membaca itu jambatan ilmu. Kata-kata ini memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Melalui kegiatan menbacalah pengetahuan seseorang boleh ditingkatkan. Fikiran  seseorang akan menjadi lebih tajam jika banyak membaca. Hal ini disebabkan semasa membaca, pembaca akan turut memikirkan buah fikiran yang disampaikan oleh cendekiawan melalui hasil tulisannya. Demi menggalakan anggota masyarakat supaya gemar membaca buku, beberapa langkah yang positif perlu diambil.
            Umumnya, rata-rata anggota masyarakat Malaysia belum ada kesedaran membaca khususnya buku akademik yang berat. Di tempat-tempat awam umpamanya, kita hanya nampak anggota masyarakat membaca bahan bacaan ringan seperti akhbar, majalah atau komik. Dengan itu, kempen yang bertujuan menanam kesedaran dalam kalangan anggota masyarakat supaya membaca buku akademik harus dianjurkan dari semasa ke semasa. Kempen yang bakal dilaksanakan itu pula janganlah bersifat hangat-hangat tahi ayam.
            Ekoran daripada kempen menanam kesedaran membaca buku akademik, pihak kerajaan juga harus mengurangkan cukai import untuk buku-buku akademik yang diimport itu mahal belaka. Jika harga buku akademik dapat diturunkan, kebanyakan orang akan mampu membelinya. Dengan itu, banyak anggota masyarakat dapat membaca buku-buku akademik yang diimport.  
            Selain menambahkan bilangan perpustakaan awam yang terdapat di bandar-bandar besar, kerajaan juga harus menambahkan bilangan perpustakaan di luar bandar. Di tempat-tempat yang terpencil pula, perkhidmatan perpustakaan bergerak merupakan pilihan yang terkini dan buku-buku bacaan umum yang menarik. Tindakan yang sedemikian akan menarik minat untukk membaca buku.
            Masyarakat haruslah menjadikan tabiat membaca buku akademik itu satu kegiatan pada masa lapang. Kebanyakan rakyat di negara maju sering membaca buku akademik. Hal ini disebabkan mereka sedar bahawa membaca buku akademik akan menjadikan mereka orang yang bijak.
                                                                                                           (HANI)

1 comment:

  1. thank you for this information..i really can do a essay for my assignment!! thank you so much<3

    ReplyDelete