05/05/2012

Kebaikan membawa bekalan makanan ke sekolah

Kebanyakan pelajar pada tahun-tahun 1960-an hingga 1970-an membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Jika diteliti, terdapat banyak kebaikan membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Antara kebaikan yang dimaksudkan adalah dari segi kualiti makanan, kebersihan makanan dan penjimatan wang.
            Seperkara yang nyata ialah makanan yang disediakan dari rumah adalah lebih berkualiti serta berkhasiat. Manakala makanan yang disediakan di kantin mengandungi bahan perisa yang tinggi. Kandungan perisa makanan ini akan menjejaskan kesihatan seseorang. Tambahan pula, di kantin juga terdapat banyak bahan makanan ringan yang kurang berkhasiat. Bekalan makanan yang disediakan oleh ibu di rumah seperti nasi lemak dan sebagainya pasti lebih seimbang dan berkualiti.
            Secara perbandingan, makanan yang disediakan di rumah lebih bersih. Lumrahnya, ibu atau bapa yang menyediakan makanan sendiri akan mementingkan aspek kebersihan ketika menyediakan makanan. Sering terdapat kes keracunan makanan menimpa yang makan di luar. Dengan kata lain, membawa  bekalan makanan dari rumah akan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keracunan makanan.
            Membawa bekalan dari rumah juga menjimatkan wang seseorang pelajar. Ibu bapa boleh berjimat kerana dapat membeli bahan masakan mentah untuk dimasak sendiri. Wang yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membeli bahan  bacaan dan membayar yuran peperiksaan awam kelak.
            Jelaslah bahawa membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah ke sekolah menguntungkan ibu bapa dan pelajar. Tindakan ini harus diamalkan oleh pelajar demi kesihatan diri dan menjimatkan wang hasil daripada titik peluh ibu bapa. Bawalah bekalan  makanan dan minuman dari rumah ke sekolah pada setiap hari supaya kesihatan terjamin dan boleh berjimat cermat.
                                                                                                                                    (HANI)

16 comments:

  1. karangan tak cukup panjang dan ada liman perengan sahaja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bagi kau karangan ni x cukup panjang...buat sendirilah...

      Delete
    2. betul tu +syed amir nazrin syed mukhriz

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tak bagus langsung.................

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik tau cakap macam tu. sekurangnya dia dah mencuba

      Delete
    2. Memag betulkan cikgu qku pun mrh

      Delete
    3. Cikgu aku tak puas hati nanti cikgu aku mengamuk siap hani hani tu kawan Ku

      Delete
  4. adik- adik janganlah cakap macam itu walupun karangan tak cukup panjang dan ada liman perengan sahaja kita juga kenalah ucap terima kasih kepada adik Hani yang membuat karangan ini kerana adik Hani telah berkerjasama untuk menolong kita dengan menulis syarahan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada kita yang tidak mencuba dia dah boleh memcuba dia dah kongsi ilmu ngan kita kita sepatutnya bersyukur

      Delete
  5. Walaupun karangan x cukup panjang tpi cikgu saya kata karangan ni bagus ada isi. saya hantar dapat A+. Terima kasih ye!

    ReplyDelete
  6. saya lulus kerana karangan ini!! terima kasih11

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. saya ambil sedikit daripada karangan ini untuk buat kerja sekolah.

      Delete